Record-breaking Month for Cagamas With Multi Issuances Totalling RM4.8 Billion to Fund Purchase of Islamic Home Financing and Conventional Housing Loans

Kuala Lumpur, 6 November 2023 – Cagamas Berhad (“Cagamas” or “the Company”), the National Mortgage Corporation of Malaysia, announced the successful conclusion of an aggregate of RM4.8 billion equivalent worth of funds raised in October, the highest funds raised in a month year-to-date. The issuances comprise an RM180 million 3-month Islamic Commercial Papers (ICPs), RM3.5 billion multi-tenured Islamic Medium Term Notes (IMTNs), RM465 million multi-tenured Conventional Medium Term Notes (CMTNs), 1-year SGD150 million (RM520 million equivalent) Medium Term Notes and RM158 million through other funding avenues. Proceeds raised from the issuances are used to fund the purchase of Islamic home financing and conventional housing loans from domestic financial institutions.

"The successful conclusion of our fund-raising activities in October albeit a period marked by global uncertainties in the fixed income market and extreme volatility arising from geopolitical tensions, reflect Cagamas’ commitment to support the domestic financial system. This underscores our role in providing liquidity to the primary lenders of home financing and housing loans as a secondary mortgage corporation," said President/Chief Executive Officer, Kameel Abdul Halim.

“Strong demand from local and foreign investors also enabled the Company to price its issuances competitively above the corresponding Malaysian Government Securities,” added Kameel.

The fund-raising activities above bring the Company’s aggregate funds raised for the year to RM24.03 billion. The SGD denominated bonds, issued via the Company’s wholly owned subsidiary, Cagamas Global P.LC. are fully and unconditionally guaranteed by Cagamas while the Ringgit issuances, which will be redeemed at their full nominal value upon maturity, are unsecured obligations of the Company, ranking pari passu with all other existing unsecured obligations of the Company.
 



Kuala Lumpur, 6 November 2023 – Cagamas Berhad (“Cagamas” atau “Syarikat”), Perbadanan Cagaran Malaysia, mengumumkan kejayaan memuktamadkan terbitan dana agregat berjumlah RM4.8 bilion pada bulan Oktober, dana terkumpul bulanan tertinggi bagi tempoh setakat tahun ini. Terbitan bon/nota Syarikat itu terdiri daripada Kertas Komersial Islam (ICP) 3 bulan berjumlah RM180 juta, Nota Jangka Sederhana Islam berbilang tempoh (IMTN) berjumlah RM3.5 bilion, Nota Jangka Sederhana Konvensional berbilang tempoh (CMTN) berjumlah RM465 juta, Nota Jangka Sederhana 1 tahun berjumlah SGD150 juta (bersamaan RM520 juta) dan RM158 juta melalui saluran pembiayaan lain. Dana yang dikumpulkan daripada terbitan itu digunakan bagi pembelian pembiayaan rumah Islamik dan pinjaman perumahan konvensional daripada institusi kewangan domestik.

"Kejayaan memuktamadkan aktiviti pengumpulan dana pada bulan Oktober dalam tempoh berlakunya ketaktentuan global dalam pasaran pendapatan tetap dan turun naik melampau akibat ketegangan geopolitik, mencerminkan komitmen Cagamas bagi menyokong sistem kewangan domestik. Ini menekankan peranan kami dalam menyediakan mudah tunai kepada peminjam utama pembiayaan dan pinjaman perumahan sebagai perbadanan cagaran sekunder," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Kameel Abdul Halim.

“Permintaan kukuh daripada kalangan pelabur tempatan dan asing juga membolehkan Syarikat menetapkan harga terbitan secara kompetitif melebihi paras Sekuriti Kerajaan Malaysia yang sepadan,” tambah Kameel.

Agregat dana terkumpul Syarikat bagi tempoh setakat tahun ini berjumlah RM24.03 bilion, termasuk aktiviti pengumpulan dana bulan Oktober. Bon denominasi SGD yang diterbitkan melalui Cagamas Global P.LC., anak syarikat milik penuh Syarikat, dijamin sepenuhnya dan tanpa syarat oleh Cagamas manakala terbitan Ringgit, yang akan ditebus pada nilai nominal penuhnya apabila matang, merupakan obligasi tidak bercagar Syarikat, berkedudukan setara (pari passu) dengan semua obligasi tidak bercagar syarikat ini yang
sedia ada.